Madrid

Sebuah destinasi unik dan mesra yang memperlihatkan gaya hidup terhebat di dunia. Madrid bukan sahaja kaya dengan pelbagai pusat aktiviti termasuk pusat kebudayaan, seni dan warisan bahkan terkenal dengan wilayah-wilayah yang menakjubkan serta penuh bersejarah dan memiliki alam semula jadi yang menarik. Terdapat lima Tapak Warisan Dunia UNESCO yang boleh diterokai termasuk muzium-muzium terkenal dalam jarak berjalan kaki antara satu sama lain, pelbagai restoran yang menggabungkan budaya dan hidangan yang menggiurkan. Tidak dilupakan juga tempat-tempat yang terkenal bagi peminat sukan dan aktiviti membeli-belah. Di mana lagi anda boleh temui destinasi yang memiliki gabungan terbaik ini? Madrid satu-satunya.