5 Tapak Warisan Dunia UNESCO di dalam and sekeliling bandar Madrid

Nikmati Landscape of Light Madrid yang terletak di tengah‑tengah bandar. Perjalanannya hanya memakan masa selama 30 minit dan anda boleh berkunjung ke segi tiga kebudayaan UNESCO di Madrid yang telah wujud sejak berabad lalu. Anda akan temui pusat bandar zaman pertengahan Alcalá de Henares, seterusnya Biara San Lorenzo de El Escorial. Kemudian anda boleh kunjungi kawasan istana Aranjuez dan hutan Hayedo de Montejo. Lawatan ini disusun khas buat anda dengan bantuan UNESCO

Rasai kepelbagaian hidangan yang menggiurkan

Madrid merupakan destinasi yang menempatkan restoran-restoran berusia berabad lamanya termasuklah restoran tertua di dunia. Terdapat pelbagai restoran boleh didapati di sini menawarkan 28 buah restoran bertaraf Michelin yang telah mengumpul sebanyak 36 bintang termasuk kedai-kedai Istimewa seperti chocolaterías (kedai coklat), bombonerías (kedai gula-gula) dan pastelerías (kedai pastri). Jelajahi bandar ini melangkaui pusat bandar dan nikmati hidangan tempatan yang inovatif dari Montia. Selami budaya yang kaya dan kisah-kisah Madrid dalam setiap gigitan kelazatan.

Pusat kebudayaan

Sebagai ibu kota dan tempat kelahiran tablaos yang ikonik, Madrid telah memelihara bentuk seni yang diakui oleh UNESCO ini selama berabad lamanya. Pada tahun 1950-an, Madrid mengubah persekitaran flamenco dengan menyediakan sebuah platform buat penari yang bercita-cita tinggi dan terkenal di tablaos. Bandar ini juga memiliki lebih 200 buah teater termasuk Teatro Real yang dinobatkan sebagai Opera House Terbaik di dunia dalam Anugerah Opera Antarabangsa 2021. Selami dunia muzikal di Gran Vía, “Broadway” yang terkenal di Madrid. Olé!

Kecantikan yang tiada tandingan

Di paseo del arte Madrid, anda boleh berkunjung ke Muzium Prado, Thyssen Bornemisza, Reina Sofia dan semuanya dalam jarak berjalan kaki antara satu sama lain. Selami keindahan seni Picasso, Goya, Miro berserta beribu-ribu karya hebat yang lain. Anda juga boleh mengakses lebih 250 galeri dan muzium lain. Jika anda masih tidak puas menikmati seni lukisan ini, anda juga boleh saksikan seni jalanan luar biasa yang dipamerkan di setiap sudut kawasan tersebut.

Beralih dari kemewahan bandar menuju kawasan luar bandar Buitrago del Lozoya yang tenang dalam hanya 30 minit

Rasai pengalaman merentas ke masa lalu dengan mengunjungi bandar bersejarah yang dikelilingi sungai Lozoya, Buitrago del Lozoya atau terokai legenda raja Patones. Ketahui sejarahnya yang aneh apabila anda melihat seni bina batu hitam (black slate) dan laluan berbatu sepanjang perjalanan. Anda juga boleh berkunjung ke Manzanares el Real sekiranya mahu menikmati alam semula jadi, sejarah, sukan luar dan istana yang dipelihara  di seluruh Madrid. Mendoza Castle. Anda juga boleh menikmati arak jintan manis dan cocido madrileño di Chinchon. Berseronoklah dalam perjalanan merentas masa ini yang sangat hampir dengan pusat bandar.

Temui studio seni berkelas tinggi, butik artisan serta pasar yang menarik

Salah satu tarikan utama di Madrid ialah aktiviti membeli-belah di butik-butik kecil, kedai-kedai lama dan deretan pasar terbaik. Ia menekankan busana anggun, perincian dan mutu pertukangan. Bandar ini menarik perhatian pereka terkenal dunia sebagai tuan rumah bagi Minggu Fesyen Mercedes-Benz yang dianjurkan pada setiap tahun. Berseronoklah dengan laluan beli-belah barangan berjenama yang telah disusun rapi demi mendapatkan pengalaman membeli-belah yang terbaik di Madrid. Dapatkan panduan membeli-belah di sini!

Syurga pencinta sukan

Madrid sangat suka akan sukan. Kelab Real Madrid dan Atlético Madrid berasal dari sini serta memiliki lebih 20 padang golf yang direka khas oleh legenda golf. Madrid juga merupakan tuan rumah bagi The Madrid Mutua Tennis Open, ATP masters 1000 dan WTA 1000. Anda juga boleh turut serta dalam pelancongan aktif yang lain di Madrid seperti menunggang kuda, mendaki dan berbasikal. Jika anda peminat sukan, anda tidak akan menyesal mengunjungi Madrid.

Menerokai Kejiranan

Madrid terbahagi kepada 131 kejiranan yang dikenali sebagai barrio. Setiap barrio mempunyai keunikan tersendiri. Terdapat pelbagai tarikan seperti Salamanca dengan kedai mewah, restoran dan barrio yang telah wujud sejak tahun 1499. La Latina merupakan tempat yang terkenal dengan pasar lambak El Rastro serta bar tapas terbanyak.  

La Latina

La Latina telah wujud sejak tahun 1499 lagi. Anda boleh melalui kawasan ini untuk pergi ke Pasar El Rastro iaitu salah satu tarikan ikonik di kejiranan ini. Ia juga terkenal sebagai kawasan yang mempunyai bar tapas terbanyak di Madrid.

Sol-Gran Via

Sol-Gran Via dikelilingi pelbagai pusat beli‑belah, hotel, teater serta kawasan utama bagi pelancongan, kebudayaan dan rekreasi sekali gus menjadikannya Broadway Madrid.

Barrio de Salamanca

Barrio de Salamanca merupakan tempat terletaknya Serrano Street yang terkenal dengan barangan berjenama serta restoran mewah. Inilah standard bagi kemewahan di Madrid. 

Malasaña

Malasaña, ialah pusat Gerakan hipster di Madrid yang mempunyai citarasa artistik dan muzik yang unik. Bar dan kelab di sini amat terkenal tetapi anda mungkin akan mendapati minuman di kawasan jalanan serta teres La Plaza del Dos de Mayo juga sama hangatnya, malah mungkin lebih popular. 

Salesas

Salesas ialah daerah yang sentiasa mengikut trend terkini di Madrid. Ia menjadi tarikan utama bagi galeri seni, kedai berkonsep dan butik. Anda boleh menemui pelbagai jenama fesyen Sepanyol di sini. Kawasan jalanannya diibaratkan seperti pentas peragaan di tengah‑tengah bandar. Suasana kreatif bagi kejiranan ini juga boleh dilihat daripada kedai kopinya yang unik, bar koktel serta masakan gabungan pelbagai budaya. 

El Retiro

El Retiro adalah antara taman awam terbesar dan paling indah di Madrid. Ia merupakan sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO dan turut dikenali sebagai Landscape of Light Madrid yang menempatkan Crystal Palace yang indah serta tugu peringatan King Alfonso XII yang menghadap tasik luas tempat pengunjung berperahu. Taman ini bersempadan dengan banyak kawasan kejiranan. Selepas seharian di taman ini, para pengunjung boleh melawat kawasan Ibiza yang menempatkan banyak bar dan sesuai untuk bersosial. 

Lavapies

Lavapies menyerlahkan kemesraan penduduk tempatan di Madrid dan juga dianggap sebagai antara barrio artieset yang paling menarik. Kawasan kejiranan ini terdiri daripada pelbagai lapisan penduduk kosmopolitan yang dilengkapi dengan kedai-kedai kecil termasuk kafe-kafe di sepanjang jalan curam berselirat.

Chamberi

Barrio Chamberi yang elegan merupakan kawasan penempatan bagi bangsawan abad ke sembilan belas. Kini, ia merupakan kawasan jalanan yang selesa dan nyaman seperti Calle de Ponzano yang terkenal iaitu tempat anda boleh singgah di bar-bar yang berbeza dan bersosial. Kawasan ini juga lubuk rahsia masyarakat tempatan. Itulah sebabnya ramai ekspatriat ingin menetap di sini.

Menginap dalam keselesaan & kemewahan

Terdapat banyak pilihan penginapan mewah yang boleh didapati di Madrid. Selain hotel dan pangsapuri mewah, anda juga boleh menginap di istana bersejarah, gabungan galeri seni dan hotel, malah hotel yang tampak sederhana namun dilengkapi restoran bertaraf Michelin. Walau apa-apa sahaja pilihan anda, anda pasti menikmati seni penyediaan makanan (gastronomi) yang luar biasa, lokasi-lokasi menarik dan keramahan Madrilenos.

Perhubungan Udara

Madrid akan membekalkan 44 rangkaian baharu di Asia Pasifik dan 26 di Timur Tengah mulai tahun 2023. Dalam tempoh 12 bulan akan datang, Iberia juga akan melancarkan penerbangan sambungan antara Doha, Kuala Lumpur, Jakarta dan Madrid. Penerbangan terus antara Tokyo dan Madrid akan mula beroperasi pada Oktober 2024. Terdapat juga rancangan untuk meluaskan lapangan terbang Madrid agar menjadi lapangan terbang terbesar di Eropah.